Jumaat, 10 Oktober 2014

Tempat membeli-belah online

Berminat dapatkan pakaian muslimah yang murah.  Boleh ke link
902http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=902

Chocolate Lava Cheese Cake Penang.

Kami merupakan branch Penang bagi produk CLCC Like chef. Produk keluaran CLCC sangat sedap dan lazat. Memang tiada tandingannya. Berminat utk menjadi pengedar bagi Negeri Penang amat dial-alukan. Kami turut menyediakan ejen dropship. Daftar segera. Hubungi saya ditalian 0179007347(Cikgu Ara).http://www.sekaki.com/oc-content/uploads/21/3556.jpg

Ahad, 25 Mei 2014

Branch chocolate lava cheese Cake Penang

Kepada penggemar cheese cake di Penang...jangan khuatir untuk mendapatkan produk chocolate lava cheese kerana sekarang chocolate lava cheese Penang sudah menjengah masuk ke Pulau Mutiara. Penghantaran seluruh Penang. Berminat terus hubungi atau sms atau wsap ke 0179007347. Stokis dan dealer diperlukan. Tempat terhad. Yang cepat dia dapat. Hariya penang hariya......

Rabu, 9 Oktober 2013

Meraikan Tetamu

Orang yang memuliakan tetamu yang hadir adalah orang yang beruntung. Kalau tetamu datang ke rumah kita pada kebiasaannya mereka hadir dengan rezeki yang Allah s.w.t titipkan bersamanya. Jadi, selepas ini kalau tetamu hadir ke rumah kita, janganlah kita layan mereka seperti acuh tidak acuh sahaja nanti kita yang rugi. Teringat saya bagaimana arwah ibu saya begitu memuliakan tetamu. Kalau ada sahaja yang datang ke rumah kami, dia akan melayan dengan penuh keikhlasan hatinya. Sewaktu tetamu hendak pulang ke rumah mereka, dia tidak akan lupa untuk menghulurkan sedikit buah tangan kepada tetamu yang hadir. Sehingga satu ketika pada masa tetamu hendak pulang, dia mengirimkan sebotol budu dan gula. Saya perhatikan ibu saya, setiap kali hujung bulan pasti dia akan ke kedai borong untuk membeli barangan dapur dengan banyak sekali. Kata arwah ibu, dia beli banyak supaya nanti bolehlah dia sedekahkan sedikit kepada tetamu yang datang ke rumah kami kelak. Ya Allah, mulianya hati ibuku. Al-fatihah untuknya semoga ibuku ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin...

Khamis, 3 Oktober 2013

Asam Garam Rumahtangga.

Ustaz Azhar Idrus kata harta isteri atau duit isteri, suami tidak berhak ambil tahu. Suami tidak boleh kata yang ni awak bayar, yang ni saya bayar. Apabila perbelanjaan dalam keluarga suami yang berhak keluarkan dan tanggung. Ustaz kata, walaupun gaji isteri 20k sebulan manakala suami cuma rm2000, suami kena bagi nafkah untuk isteri dari segi kewangan. Jika tidak ia akan menjadi hutang yang perlu dilunaskan oleh suami. Tetapi, semua akan jadi ok apabila isteri menghalalkannya. Para suami perlu ingat bahawa isteri bekerja sebab ingin membantu meringankan beban suami. Jadi suami jangan sesuka hati buli isteri. Suami tiada hak ke atas gaji isteri, sebab itu hak mereka. Ada faham para suami sekalian???

Sabtu, 28 September 2013

Berita Gembira

     Semalam aku mendapat perkhabaran gembira.  Terima kasih Ya Allah...mula- mula pada pukul 9.30 malam aku mendapat mesej yang mengatakan aku boleh semak keputusan biasiswa.  Aku berasa gentar takut-takut dapat keputusan yang mendukacitakan.  Oleh sebab itu, aku cuma mampu baca mesej kemudian aku terus padamkan mesej.  Yalah, aku takut orang lain mengetahui, aku perlu bersendiri untuk semak keputusan itu terlebih dahulu.  Aku masuk ke bilik dan buka laptop untuk semak keputusan tersebut.   Sewaktu ' login' aku hanya mampu berdoa dan selawat, agar Allah beri aku kekuatan.  Aku tak mampu lagi untuk bersedih.  Semua yang aku lalui tidak mudah,  banyak cabarannya yang harus aku lalui.  Aku tekan semak, Ya Allah alangkah terkejutnya aku bahawa aku telah berjaya.  Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doaku.
     Tindakannya pertama aku, aku terus meluru ke arah suamiku dan memaklumkan kepadanya bahawa aku telah berjaya mendapat tajaan biasiswa untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.   Terima kasih Ya Allah.....