Rabu, 9 Oktober 2013

Meraikan Tetamu

Orang yang memuliakan tetamu yang hadir adalah orang yang beruntung. Kalau tetamu datang ke rumah kita pada kebiasaannya mereka hadir dengan rezeki yang Allah s.w.t titipkan bersamanya. Jadi, selepas ini kalau tetamu hadir ke rumah kita, janganlah kita layan mereka seperti acuh tidak acuh sahaja nanti kita yang rugi. Teringat saya bagaimana arwah ibu saya begitu memuliakan tetamu. Kalau ada sahaja yang datang ke rumah kami, dia akan melayan dengan penuh keikhlasan hatinya. Sewaktu tetamu hendak pulang ke rumah mereka, dia tidak akan lupa untuk menghulurkan sedikit buah tangan kepada tetamu yang hadir. Sehingga satu ketika pada masa tetamu hendak pulang, dia mengirimkan sebotol budu dan gula. Saya perhatikan ibu saya, setiap kali hujung bulan pasti dia akan ke kedai borong untuk membeli barangan dapur dengan banyak sekali. Kata arwah ibu, dia beli banyak supaya nanti bolehlah dia sedekahkan sedikit kepada tetamu yang datang ke rumah kami kelak. Ya Allah, mulianya hati ibuku. Al-fatihah untuknya semoga ibuku ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin...

Khamis, 3 Oktober 2013

Asam Garam Rumahtangga.

Ustaz Azhar Idrus kata harta isteri atau duit isteri, suami tidak berhak ambil tahu. Suami tidak boleh kata yang ni awak bayar, yang ni saya bayar. Apabila perbelanjaan dalam keluarga suami yang berhak keluarkan dan tanggung. Ustaz kata, walaupun gaji isteri 20k sebulan manakala suami cuma rm2000, suami kena bagi nafkah untuk isteri dari segi kewangan. Jika tidak ia akan menjadi hutang yang perlu dilunaskan oleh suami. Tetapi, semua akan jadi ok apabila isteri menghalalkannya. Para suami perlu ingat bahawa isteri bekerja sebab ingin membantu meringankan beban suami. Jadi suami jangan sesuka hati buli isteri. Suami tiada hak ke atas gaji isteri, sebab itu hak mereka. Ada faham para suami sekalian???

Sabtu, 28 September 2013

Berita Gembira

     Semalam aku mendapat perkhabaran gembira.  Terima kasih Ya Allah...mula- mula pada pukul 9.30 malam aku mendapat mesej yang mengatakan aku boleh semak keputusan biasiswa.  Aku berasa gentar takut-takut dapat keputusan yang mendukacitakan.  Oleh sebab itu, aku cuma mampu baca mesej kemudian aku terus padamkan mesej.  Yalah, aku takut orang lain mengetahui, aku perlu bersendiri untuk semak keputusan itu terlebih dahulu.  Aku masuk ke bilik dan buka laptop untuk semak keputusan tersebut.   Sewaktu ' login' aku hanya mampu berdoa dan selawat, agar Allah beri aku kekuatan.  Aku tak mampu lagi untuk bersedih.  Semua yang aku lalui tidak mudah,  banyak cabarannya yang harus aku lalui.  Aku tekan semak, Ya Allah alangkah terkejutnya aku bahawa aku telah berjaya.  Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doaku.
     Tindakannya pertama aku, aku terus meluru ke arah suamiku dan memaklumkan kepadanya bahawa aku telah berjaya mendapat tajaan biasiswa untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.   Terima kasih Ya Allah.....

     

Jumaat, 27 September 2013

Rezeki Datangnya Dari Allah S.W.T

Hormati Sesama Manusia

     Kita jangan sesekali memilih orang untuk kita memberi hormat.  Setiap manusia harus kita hormati, tidak kiralah tua atau muda, kaya atau miskin dan sebagainya lagi.  Senang sahaja sifir agar orang menghormati kita.  Jika mahu orang lain menghormati kita maka denga penuh rasa rendah diri kita harus menghormati orang lain terlebih dahulu.
     Selalunya kita akan dapat apa yang kita lakukan.  Contohnya, kalau kita usaha biasa-biasa maka hasilnya juga turut biasa-biasa.  Mahu lebih maka usahanya harus luar biasa.  Kita harus berpegang kepada pegangan agama yang kita anuti.   Setiap agama pastinya inginkan penganutnya berbuat kebaikan, tidak ada mana- mana agama di atas dunia ini inginkan penganutnya berubat kejahatan, melainkan kepada kepercayaan.
      Penulis mengambil contoh yang paling dekat dengan kehidupan pembaca,  dalam sebuah keluarga seseorang anak harus menghormati kedua-dua ibu bapa mereka, isteri harus hormat dan patuh kepada suami.  Namun, sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi maka akan hilanglah keberkatan dan keredhaan dalam kehidupan berkeluarga.
    Yang apa paling penting, mesti diingat bahawa kita hidup di dunia kerana inginkan keredhaan Allah s.w.t.  Jadi, untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah maka seorang anak harus hidupnya selalu berada dalam keredhaan ibu bapanya.  Sebab? Sebab? Sebab? Kerana Allah akan redha kepada  anak- anak berdasarkan kepada keredhaan ibu bapa. Apabila  adanya keredhaan maka secara tidak langsung akan hadirnya bergerak tan dalam kehidupan.  Wallahualam...renung-renungkan dan selamat beramal.

Anak Yang Sedang Membesar

     Apabila seseorang wanita sudah berkahwin,perkara yang akan bermain dalam pemikiran mereka adalah keluarga.  Membina sebuah keluarga mengikut acuan sendiri. Walau  apa sahaja yang berlaku kepada ahli keluarga,pasti mereka akan berasa risau,gembira,sedih dan semua akan pasti dilaluinya.
     Anak-anak membesar melalui didikan ibu bapanya,sebab itulah jangan sesekali menunding jari kepada orang lain sekiranya anak kita melakukan kesalahan.  Kebanyakan kes sekarang, ibu bapa akan menyalahkan  guru,sekiranya anak dia tidak pandai,ponteng dan sebagainya lagi.  Sedangkan ibu bapa harus bersikap muhasabah diri,supaya keadaan akan bertambah baik.  Ibu bapa tidak boleh bertindak terlalu defensif semata-mata untuk pertahankan anak.
      Apa yang berlaku sekarang kepada para remaja, mereka boleh bertindak sesekali hati mereka.  Hal ini kerana mereka berpendapat ibu bapa mereka akan sentiasa sokong apa yang anak mereka lakukan.  Anak-anak sekarang sudah pandai bersandiwara depan ibu bapa mereka, mungkin terpengaruh dengan apa yang mereka tonton di televisyen.
      Dulu-dulu zaman tak berapa hendak moden, tapi perangai anak-anak muda dulu tak adalah sampai melampau seperti remaja sekarang.  Kadang tu,dengan cikgu pun mereka boleh membahasakan diri mereka  'aku'.  Nilai hormat kepada orang tua dan guru semakin terhakis.  Pelajar ke sekolah sekarang kebanyakannya kerana terpaksa.  Kalau yang betul-betul rajin, semua di sekolah terpilih.  Yang tinggal di sekolah harian, kebanyakan banyak menyakitkan hati guru.  Hanya segelintir sahaja yang akan jadi penawar hati dan penyejuk jiwa.  Itu pun untuk pelajar dalam kelas pertama dan kedua.
     Pelajar yang kelas selebihnya tu, faham-faham ajelah.  Wallahualam....

Khamis, 26 September 2013

Yang baik datang dari Allah s.w.t

Ingat, Ingat! Ingat!

Janji Allah s.w.t itu pasti.

Hati Cerminan Peribadi




Makanan Popular Negeri Pahang.

Sebut negeri Pahang pasti terlintas difikiran kita mengenai......mengenai apa ya???Tidak lain tidak bukan, pastinya keenakan ikan patin masak tempoyak.  Emmmm,lazat sekali.



Tengok paparan di atas pun sudah kecur air liur.  Ikan patin memiliki tarikan yang tersendiri kepada peminatnya.  Tetapi,kalau hanyir kurang berselera hendak telan.  Admin teringat dengan petua orang tua-tua, bahawa kalau hendak hilangkan rasa hanyir ikan, basuhkannya dengan air basuhan beras atau  air asam jawa.  Kalau tidak percaya, cubalah...Oh, ya satu lagi kalau ikan darat atau ikan sungai ini, yang paling leceh adalah mengenai lendirnya.  Jadi, untuk menghilangkan lendir ikan sungai, cuba basuh ikan tersebut menggunakan tepung gandum, pasti selepas itu sudah tidak ada lagi lendir atau kurangkan sedikit lendirnya.  Selamat mencuba petua ini.


Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan,bekas menteri besar Kedah.

     Pada ketika ini pasti ramai bersedih dengan pemergian arwah Tan Sri Azizan.  Beliau merupakan seorang pemimpin yang baik dan tawaduk dalam kerjanya.  Pernah satu ketika sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai menteri besar, pembantunya memberitahu bahawa arwah tidak akan ambil duit elaun dari gajinya semata-mata untuk membeli kaca mata.  Beliau berbuat demikian kerana berpendapat bahawa duit itu boleh digunakan untuk kepentingan rakyat.  Beliau tidak berbelanja mewah, tetapi setiap yang hendak dilakukan pasti mengutamakan rakyat.
       Tan Sri Azizan dimasukkan ke hospital Penang disebabkan oleh masalah penyakit diabetes.  Penyakit yang dialaminya pada tahap kronik jadi doktor terpaksa mendapatkan persetujuan daripada ahli keluarga arwah  untuk memotong kedua-dua kakinya kerana telah di jangkitan kuman.  Pada ketika keputusan dibuat Tan Sri masih belum sedarkan diri.    Penyakit diabetes yang dihadapinya juga, pernah satu ketika sewaktu beliau  keluar daripada pejabatnya, beliau hampir terjatuh kerana pening dan kaki terasa kebas. Tetapi dia gagahkan juga diri untuk berdiri.  Pada ketika itu nasib baik ada orang di sisinya untuk membantu memapahnya.
        Walau bagaimanapun, arwah Tan Sri Azizan meninggal dunia disebabkan masalah komplikasi jantung yang dihidapinya.  Beliau sempat mengangkat sumpah jawatan sebagai Adun,selepas keluar dari wad di Pulau Pinang.
          Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang berikan.Amin..

Perkahwinan penuh barakah



Siapa menduga pertemuan yang singkat dapat merapatkan ukhwah sesama mereka melalui sebuah perkahwinan.  Adam Af dan Fiza bekas anggota kumpulan Elite selamat diijab kabulkan pada 26 September 2013(Khamis). Mereka disatukan dalam majlis yang serba ringkas tetapi menarik.
        Semenjak kebelakangan ini kita selalu disajikan dengan perkahwinan artis yang begitu gah semata- mata hendak menunjuk-nunjuk.  Hantaran perkahwinan cuma lah sepersalinan lengkap pakaian beribadah.  Syukur alhamdullilah, kebendaan tidak didahulukan tetapi keberkatan dan kewajiban kepada Allah s.w.t diutamakan.  Adam memberi mas kahwin kepada Fiza sebanyak RM300.
        Admin mendoakan agar perkahwinan mereka diberkati dan semoga sentiasa berbahagia.  Didoakan juga agar perkahwinan ini berkekalan hingga ke Jannah.Amin...

Peristiwa

Tadi masa balik dari mengajar tuisyen,retina je ada polis buat  'road block'.  Tapi syukurlah tak kena tahan pasal ada polis yang kenal aku,dia cakap takpa ni cikgu.. Selamat aku. Bila aku fikir balik,mulianya kerjaya guru ni.  Orang akan hormat kita.