Jumaat, 27 September 2013

Anak Yang Sedang Membesar

     Apabila seseorang wanita sudah berkahwin,perkara yang akan bermain dalam pemikiran mereka adalah keluarga.  Membina sebuah keluarga mengikut acuan sendiri. Walau  apa sahaja yang berlaku kepada ahli keluarga,pasti mereka akan berasa risau,gembira,sedih dan semua akan pasti dilaluinya.
     Anak-anak membesar melalui didikan ibu bapanya,sebab itulah jangan sesekali menunding jari kepada orang lain sekiranya anak kita melakukan kesalahan.  Kebanyakan kes sekarang, ibu bapa akan menyalahkan  guru,sekiranya anak dia tidak pandai,ponteng dan sebagainya lagi.  Sedangkan ibu bapa harus bersikap muhasabah diri,supaya keadaan akan bertambah baik.  Ibu bapa tidak boleh bertindak terlalu defensif semata-mata untuk pertahankan anak.
      Apa yang berlaku sekarang kepada para remaja, mereka boleh bertindak sesekali hati mereka.  Hal ini kerana mereka berpendapat ibu bapa mereka akan sentiasa sokong apa yang anak mereka lakukan.  Anak-anak sekarang sudah pandai bersandiwara depan ibu bapa mereka, mungkin terpengaruh dengan apa yang mereka tonton di televisyen.
      Dulu-dulu zaman tak berapa hendak moden, tapi perangai anak-anak muda dulu tak adalah sampai melampau seperti remaja sekarang.  Kadang tu,dengan cikgu pun mereka boleh membahasakan diri mereka  'aku'.  Nilai hormat kepada orang tua dan guru semakin terhakis.  Pelajar ke sekolah sekarang kebanyakannya kerana terpaksa.  Kalau yang betul-betul rajin, semua di sekolah terpilih.  Yang tinggal di sekolah harian, kebanyakan banyak menyakitkan hati guru.  Hanya segelintir sahaja yang akan jadi penawar hati dan penyejuk jiwa.  Itu pun untuk pelajar dalam kelas pertama dan kedua.
     Pelajar yang kelas selebihnya tu, faham-faham ajelah.  Wallahualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan