Jumaat, 27 September 2013

Hormati Sesama Manusia

     Kita jangan sesekali memilih orang untuk kita memberi hormat.  Setiap manusia harus kita hormati, tidak kiralah tua atau muda, kaya atau miskin dan sebagainya lagi.  Senang sahaja sifir agar orang menghormati kita.  Jika mahu orang lain menghormati kita maka denga penuh rasa rendah diri kita harus menghormati orang lain terlebih dahulu.
     Selalunya kita akan dapat apa yang kita lakukan.  Contohnya, kalau kita usaha biasa-biasa maka hasilnya juga turut biasa-biasa.  Mahu lebih maka usahanya harus luar biasa.  Kita harus berpegang kepada pegangan agama yang kita anuti.   Setiap agama pastinya inginkan penganutnya berbuat kebaikan, tidak ada mana- mana agama di atas dunia ini inginkan penganutnya berubat kejahatan, melainkan kepada kepercayaan.
      Penulis mengambil contoh yang paling dekat dengan kehidupan pembaca,  dalam sebuah keluarga seseorang anak harus menghormati kedua-dua ibu bapa mereka, isteri harus hormat dan patuh kepada suami.  Namun, sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi maka akan hilanglah keberkatan dan keredhaan dalam kehidupan berkeluarga.
    Yang apa paling penting, mesti diingat bahawa kita hidup di dunia kerana inginkan keredhaan Allah s.w.t.  Jadi, untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah maka seorang anak harus hidupnya selalu berada dalam keredhaan ibu bapanya.  Sebab? Sebab? Sebab? Kerana Allah akan redha kepada  anak- anak berdasarkan kepada keredhaan ibu bapa. Apabila  adanya keredhaan maka secara tidak langsung akan hadirnya bergerak tan dalam kehidupan.  Wallahualam...renung-renungkan dan selamat beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan