Khamis, 26 September 2013

Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan,bekas menteri besar Kedah.

     Pada ketika ini pasti ramai bersedih dengan pemergian arwah Tan Sri Azizan.  Beliau merupakan seorang pemimpin yang baik dan tawaduk dalam kerjanya.  Pernah satu ketika sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai menteri besar, pembantunya memberitahu bahawa arwah tidak akan ambil duit elaun dari gajinya semata-mata untuk membeli kaca mata.  Beliau berbuat demikian kerana berpendapat bahawa duit itu boleh digunakan untuk kepentingan rakyat.  Beliau tidak berbelanja mewah, tetapi setiap yang hendak dilakukan pasti mengutamakan rakyat.
       Tan Sri Azizan dimasukkan ke hospital Penang disebabkan oleh masalah penyakit diabetes.  Penyakit yang dialaminya pada tahap kronik jadi doktor terpaksa mendapatkan persetujuan daripada ahli keluarga arwah  untuk memotong kedua-dua kakinya kerana telah di jangkitan kuman.  Pada ketika keputusan dibuat Tan Sri masih belum sedarkan diri.    Penyakit diabetes yang dihadapinya juga, pernah satu ketika sewaktu beliau  keluar daripada pejabatnya, beliau hampir terjatuh kerana pening dan kaki terasa kebas. Tetapi dia gagahkan juga diri untuk berdiri.  Pada ketika itu nasib baik ada orang di sisinya untuk membantu memapahnya.
        Walau bagaimanapun, arwah Tan Sri Azizan meninggal dunia disebabkan masalah komplikasi jantung yang dihidapinya.  Beliau sempat mengangkat sumpah jawatan sebagai Adun,selepas keluar dari wad di Pulau Pinang.
          Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang berikan.Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan