Rabu, 9 Oktober 2013

Meraikan Tetamu

Orang yang memuliakan tetamu yang hadir adalah orang yang beruntung. Kalau tetamu datang ke rumah kita pada kebiasaannya mereka hadir dengan rezeki yang Allah s.w.t titipkan bersamanya. Jadi, selepas ini kalau tetamu hadir ke rumah kita, janganlah kita layan mereka seperti acuh tidak acuh sahaja nanti kita yang rugi. Teringat saya bagaimana arwah ibu saya begitu memuliakan tetamu. Kalau ada sahaja yang datang ke rumah kami, dia akan melayan dengan penuh keikhlasan hatinya. Sewaktu tetamu hendak pulang ke rumah mereka, dia tidak akan lupa untuk menghulurkan sedikit buah tangan kepada tetamu yang hadir. Sehingga satu ketika pada masa tetamu hendak pulang, dia mengirimkan sebotol budu dan gula. Saya perhatikan ibu saya, setiap kali hujung bulan pasti dia akan ke kedai borong untuk membeli barangan dapur dengan banyak sekali. Kata arwah ibu, dia beli banyak supaya nanti bolehlah dia sedekahkan sedikit kepada tetamu yang datang ke rumah kami kelak. Ya Allah, mulianya hati ibuku. Al-fatihah untuknya semoga ibuku ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin...

Khamis, 3 Oktober 2013

Asam Garam Rumahtangga.

Ustaz Azhar Idrus kata harta isteri atau duit isteri, suami tidak berhak ambil tahu. Suami tidak boleh kata yang ni awak bayar, yang ni saya bayar. Apabila perbelanjaan dalam keluarga suami yang berhak keluarkan dan tanggung. Ustaz kata, walaupun gaji isteri 20k sebulan manakala suami cuma rm2000, suami kena bagi nafkah untuk isteri dari segi kewangan. Jika tidak ia akan menjadi hutang yang perlu dilunaskan oleh suami. Tetapi, semua akan jadi ok apabila isteri menghalalkannya. Para suami perlu ingat bahawa isteri bekerja sebab ingin membantu meringankan beban suami. Jadi suami jangan sesuka hati buli isteri. Suami tiada hak ke atas gaji isteri, sebab itu hak mereka. Ada faham para suami sekalian???