Rabu, 9 Oktober 2013

Meraikan Tetamu

Orang yang memuliakan tetamu yang hadir adalah orang yang beruntung. Kalau tetamu datang ke rumah kita pada kebiasaannya mereka hadir dengan rezeki yang Allah s.w.t titipkan bersamanya. Jadi, selepas ini kalau tetamu hadir ke rumah kita, janganlah kita layan mereka seperti acuh tidak acuh sahaja nanti kita yang rugi. Teringat saya bagaimana arwah ibu saya begitu memuliakan tetamu. Kalau ada sahaja yang datang ke rumah kami, dia akan melayan dengan penuh keikhlasan hatinya. Sewaktu tetamu hendak pulang ke rumah mereka, dia tidak akan lupa untuk menghulurkan sedikit buah tangan kepada tetamu yang hadir. Sehingga satu ketika pada masa tetamu hendak pulang, dia mengirimkan sebotol budu dan gula. Saya perhatikan ibu saya, setiap kali hujung bulan pasti dia akan ke kedai borong untuk membeli barangan dapur dengan banyak sekali. Kata arwah ibu, dia beli banyak supaya nanti bolehlah dia sedekahkan sedikit kepada tetamu yang datang ke rumah kami kelak. Ya Allah, mulianya hati ibuku. Al-fatihah untuknya semoga ibuku ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan